Tuesday, June 10, 2008

Motif bunga dijangka kembali popular

Siti Nur Almizan Aripin BUSANA bermotif bunga dijangka kembali popular di kalangan wanita tahun ini.
  • Bagaimanapun, tidak semua wanita berani menggayakan busana bermotif bunga-bungaan mungkin kerana bimbang kelihatan janggal atau ketinggalan zaman. Jangan risau, jika tahu memilih corak atau potongan sesuai pastinya gaya anda akan kelihatan menyerlah dan menarik. Ada beberapa panduan boleh diikuti.
  • 1. Blaus labuh Untuk kelihatan moden dengan pilihan baju bermotif bunga, pilih tunik (baju labuh) atau blaus yang melepasi tubuh.
  • Misalnya pilihan blaus longgar potongan terkini yang kebanyakannya mempunyai potongan sehingga mencecah lutut.
  • 2. Jaket bermotif bunga Bagi wanita yang inginkan gaya separuh rasmi, mungkin anda boleh mulakan pencarian untuk mendapatkan sehelai jaket berpotongan sederhana dengan corak bunga yang ringkas. Seeloknya ia dipadankan dengan jeans atau seluar polos supaya gaya tidak kelihatan terlalu berserabut dan lebih feminin.
  • 3. Bunga dipadukan dengan polos Lagi kaedah menyuai padan blaus atau seluar bercorak bunga adalah dengan padanan pasangan yang bercorak polos. Untuk kelihatan bergaya, blaus berpotongan baby doll boleh dipadankan dengan jeans atau seluar khakis berkaki kembang (boot cut). Anak baju bercorak juga boleh dipadankan dengan kardigan polos.
  • 4. Seksi dengan bunga Jangan bimbang kerana fabrik berbunga juga boleh membuatkan anda kelihatan elegan dan seksi. Pilih gaun sifon dengan tali halus atau floral wrap dress yang tidak terlalu longgar atau terlalu sendat. Anda pasti kelihatan manis dan menarik. 5. Aksesori bunga Masih tidak berani mengenakan blaus berbunga namun mahu tampil bergaya dalam trend terkini? Gayakan blaus dengan aksesori bercorak bunga seperti kerongsang, bunga besar, anting-anting atau loket bercorak bunga. TIP Jika tubuh besar - Elak memilih blaus bercorak bunga besar kerana ia akan membuatkan tubuh kelihatan bertambah besar. Pilih corak kecil atau sederhana. Untuk wanita bertubuh kecil, sarungkan baju dengan corak bunga-bungaan kecil dan sederhana. sumber: www.conectique.com

No comments: