Tuesday, June 10, 2008

Gaya rambut
  • Kesilapan memilih gaya boleh cacatkan kecantikan wajah, penampilan seorang rakan membebel sambil menyifatkan keputusannya memotong rambut panjang mengurai miliknya adalah satu kesilapan.
  • Malah, dia turut menyalahkan pendandan rambut di salun pilihannya kerana tidak mempunyai kemahiran menata gaya rambut sesuai dengan bentuk wajahnya.
  • Sehubungan itu, jika anda tidak mahu menghadapi situasi sama seperti itu, anda wajar meneliti terlebih dahulu bentuk wajah, tekstur rambut dan trend terkini sebelum membuat keputusan menukar gaya rambut.
  • Pendandan rambut Tiara Hair Beauty, Diana Toledo, berkata trend terkini penataan potongan rambut tidak hanya terhad kepada satu gaya saja. “Berambut panjang mengurai atau kemas pendek tidak menjadi halangan kerana trend musim ini lebih kepada gaya rambut lepas bebas berombak semula jadi. “Malah, jika bosan berambut pendek pilihan untuk menyambung rambut (hair extention) turut ditawarkan pada kebanyakan salun rambut dengan harga berpatutan,” katanya sambil menjelaskan ramai wanita yang membuat sambungan rambut bagi mencari kelainan ketika bergaya.
  • Diana berkata, ramai wanita mempunyai keinginan untuk menggayakan rambut namun sedikit kesilapan yang dibuat ketika memilih gaya boleh mencacatkan kecantikan wajah.
  • “Rambut juga seperti pakaian. Jika silap, ia boleh merubah wajah dan memberi kesan kepada penampilan diri. Jika anda peka dengan penampilan diri, sebelum bertandang ke salun rambut, buat sedikit rujukan di majalah atau internet dan cari gaya sesuai yang anda inginkan. “
  • Kemudian, rujuk pendandan rambut di salun pilihan mengenai gaya atau warna sesuai dan minta dia gayakan gaya itu namun disesuaikan dengan bentuk wajah, warna kulit dan jenis rambut anda sama ada ia kasar atau halus, kerinting atau lurus,” katanya. Diana sempat memberi panduan ringkas kepada wanita berwajah bulat supaya memilih gaya rambut yang menutup rahang dan dekat dengan kulit wajah bagi memberi ilusi wajah bujur. “Elakkan memotong rambut pendek kerana ia akan menyerlahkan lagi wajah bulat anda,” katanya.
  • Bagi wanita yang bermuka kecil, mereka lebih sesuai menggayakan potongan rambut pendek dan wanita wajahnya bersegi juga digalakkan memilih rambut menutup rahang bagi menyerlahkan wajah lebih feminin.

No comments: