Tuesday, June 10, 2008

Gaya rambut
  • Kesilapan memilih gaya boleh cacatkan kecantikan wajah, penampilan seorang rakan membebel sambil menyifatkan keputusannya memotong rambut panjang mengurai miliknya adalah satu kesilapan.
  • Malah, dia turut menyalahkan pendandan rambut di salun pilihannya kerana tidak mempunyai kemahiran menata gaya rambut sesuai dengan bentuk wajahnya.
  • Sehubungan itu, jika anda tidak mahu menghadapi situasi sama seperti itu, anda wajar meneliti terlebih dahulu bentuk wajah, tekstur rambut dan trend terkini sebelum membuat keputusan menukar gaya rambut.
  • Pendandan rambut Tiara Hair Beauty, Diana Toledo, berkata trend terkini penataan potongan rambut tidak hanya terhad kepada satu gaya saja. “Berambut panjang mengurai atau kemas pendek tidak menjadi halangan kerana trend musim ini lebih kepada gaya rambut lepas bebas berombak semula jadi. “Malah, jika bosan berambut pendek pilihan untuk menyambung rambut (hair extention) turut ditawarkan pada kebanyakan salun rambut dengan harga berpatutan,” katanya sambil menjelaskan ramai wanita yang membuat sambungan rambut bagi mencari kelainan ketika bergaya.
  • Diana berkata, ramai wanita mempunyai keinginan untuk menggayakan rambut namun sedikit kesilapan yang dibuat ketika memilih gaya boleh mencacatkan kecantikan wajah.
  • “Rambut juga seperti pakaian. Jika silap, ia boleh merubah wajah dan memberi kesan kepada penampilan diri. Jika anda peka dengan penampilan diri, sebelum bertandang ke salun rambut, buat sedikit rujukan di majalah atau internet dan cari gaya sesuai yang anda inginkan. “
  • Kemudian, rujuk pendandan rambut di salun pilihan mengenai gaya atau warna sesuai dan minta dia gayakan gaya itu namun disesuaikan dengan bentuk wajah, warna kulit dan jenis rambut anda sama ada ia kasar atau halus, kerinting atau lurus,” katanya. Diana sempat memberi panduan ringkas kepada wanita berwajah bulat supaya memilih gaya rambut yang menutup rahang dan dekat dengan kulit wajah bagi memberi ilusi wajah bujur. “Elakkan memotong rambut pendek kerana ia akan menyerlahkan lagi wajah bulat anda,” katanya.
  • Bagi wanita yang bermuka kecil, mereka lebih sesuai menggayakan potongan rambut pendek dan wanita wajahnya bersegi juga digalakkan memilih rambut menutup rahang bagi menyerlahkan wajah lebih feminin.
INFO Ada lebih 46 punca menyebabkan rambut gugur.

Antaranya adalah:

  • Stres Menopaus Meroyan Penggunaan bahan kimia yang terlalu kerap (syampu, pewarna rambut) Kegatalan kulit kepala/kelumumur
  • Hormon tidak seimbang Diet tidak sihat FAKTA Kulit kepala sihat mempunyai sekurang-kurangnya 100,000 helai rambut.
  • Rambut adalah tisu paling cepat tumbuh selepas sum-sum tulang 90 peratus rambut hidup manakala 10 peratus berehat
  • Lebih 50 peratus lelaki selepas usia 50 tahun mengalami keguguran rambut 40 peratus wanita mengalami keguguran rambut selepas menopaus
  • Syampu berasal dari perkataan Hindi, ‘Champna’ bermaksud urut.
Motif bunga dijangka kembali popular

Siti Nur Almizan Aripin BUSANA bermotif bunga dijangka kembali popular di kalangan wanita tahun ini.
  • Bagaimanapun, tidak semua wanita berani menggayakan busana bermotif bunga-bungaan mungkin kerana bimbang kelihatan janggal atau ketinggalan zaman. Jangan risau, jika tahu memilih corak atau potongan sesuai pastinya gaya anda akan kelihatan menyerlah dan menarik. Ada beberapa panduan boleh diikuti.
  • 1. Blaus labuh Untuk kelihatan moden dengan pilihan baju bermotif bunga, pilih tunik (baju labuh) atau blaus yang melepasi tubuh.
  • Misalnya pilihan blaus longgar potongan terkini yang kebanyakannya mempunyai potongan sehingga mencecah lutut.
  • 2. Jaket bermotif bunga Bagi wanita yang inginkan gaya separuh rasmi, mungkin anda boleh mulakan pencarian untuk mendapatkan sehelai jaket berpotongan sederhana dengan corak bunga yang ringkas. Seeloknya ia dipadankan dengan jeans atau seluar polos supaya gaya tidak kelihatan terlalu berserabut dan lebih feminin.
  • 3. Bunga dipadukan dengan polos Lagi kaedah menyuai padan blaus atau seluar bercorak bunga adalah dengan padanan pasangan yang bercorak polos. Untuk kelihatan bergaya, blaus berpotongan baby doll boleh dipadankan dengan jeans atau seluar khakis berkaki kembang (boot cut). Anak baju bercorak juga boleh dipadankan dengan kardigan polos.
  • 4. Seksi dengan bunga Jangan bimbang kerana fabrik berbunga juga boleh membuatkan anda kelihatan elegan dan seksi. Pilih gaun sifon dengan tali halus atau floral wrap dress yang tidak terlalu longgar atau terlalu sendat. Anda pasti kelihatan manis dan menarik. 5. Aksesori bunga Masih tidak berani mengenakan blaus berbunga namun mahu tampil bergaya dalam trend terkini? Gayakan blaus dengan aksesori bercorak bunga seperti kerongsang, bunga besar, anting-anting atau loket bercorak bunga. TIP Jika tubuh besar - Elak memilih blaus bercorak bunga besar kerana ia akan membuatkan tubuh kelihatan bertambah besar. Pilih corak kecil atau sederhana. Untuk wanita bertubuh kecil, sarungkan baju dengan corak bunga-bungaan kecil dan sederhana. sumber: www.conectique.com
MENCANTIKKAN KULIT MUKA DAN PENJAGAAN KULIT

  • Khasiat pinang muda tidak ramai yang mengetahuinya, dengan menggunakan pinang muda (yang bijinya masih berlendir) disapukan pada muka.
  • Ianya dikatakan dapat melicinkan kulit muka dan awet muda. Selain itu, mengamalkan 'bersabun' belimbing besi dan asam jawa.
  • Belimbing besi yang masak ranum diramas bersama asam jawa lalu dilumurkan pada badan untuk meninggalkan kotoran dan bertindak sebagai antiseptik kulit yang gatal-gatal.
  • Bagi menghaluskan kulit pula, beras pulut goreng yang ditumbuk halus (seperti tepung) dicampur bedak sejuk dan dijadikan lulur dan digosok seminggu sekali pada badan.
  • Ia dikatakan berfungsi menanggalkan daki dan sel-sel mati. Tapak kaki pula boleh dihaluskan dengan menggosok asam jawa.Wanita juga dinasihati menjalani rawatan kecantikan merangkumi lulur, manggir, bleaching (mencerahkan kulit) dan mandi pupur. Lulur dikatakan dapat mengurangkan parut muka, menguning dan melicinkan kulit.
  • Bahan lulur mengandungi kunyit, beras yang dijadikan tepung dan daun pandan serta temu giring. Manggir pula dipercayai dapat membantu memutihkan kulit, menegang dan memejalkan kulit badan.
  • Ianya boleh dijadikan penyental dan pupur, diperbuat daripada beras pulut ditumbuk halus dan ramuan dedaunan khusus manggir.
  • Ia elok dilakukan seminggu sekali.
  • Bleaching yang mengandungi kayu cendana dan lavendar pula dikatakan dapat memutih dan mencerahkan kulit dengan lebih pantas. Manakala mandi pupur pula boleh menjadikan kulit gebu, halus, lembut dan sentiasa lembap.
    Ramuannya ialah kacang soya yang dikisar halus, dadih, serbuk badam dan madu. Semua bahan ini disatukan dan digosok ke seluruh badan hingga kering.
  • Ia dikatakan cara yang paling berkesan.